Peta Melaka
Lipat Kajang merupakan sebuah kawasan penempatan yang terletak di dalam Daerah Jasin, Melaka. Kampung ini terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Melaka,140 Kilometer dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, 196 Kilometer dari Bandaraya Johor Bahru dan 215 Kilometer dari Singapura. Kedudukan Lipat Kajang adalah sangat strategik kerana ia terletak di pertengahan perjalanan di antara Kuala Lumpur ke Johor Bahru atau Singapura.
Lipat Kajang, Jasin, Melaka
Lipat Kajang mempunyai sebuah Persimpangan Bertingkat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) iaitu Exit Jasin Merlimau. Persimpangan Bertingkat ini merupakan persimpangan atau exit terakhir di dalam negeri Melaka sebelum melepasi sempadan negeri Johor Darul Takzim. Lokasi Lipat Kajang ke sempadan negeri Johor (Daerah Ledang) hanya mengambil masa kira-kira 5 minit atau jarak kurang 10 kilometer.
Exit 233 Jasin Merlimau (Dari Air Keroh)
Plaza Tol Lipat Kajang
Agak-agak berapa harga tanah di Kampung Tersusun Datuk Muhamad Hidhir Lipat Kajang sekarang?
ReplyDeleteAgak-agak berapa harga tanah di Kampung Tersusun Datuk Muhamad Hidhir Lipat Kajang sekarang?
ReplyDelete