Wednesday, 6 February 2013

Anak Jati Kg Tersusun Lipat Kajang Pemenang Anugerah Teknousahawan dan Innovasi Peringkat Negara

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia (Isnin: 12 November 2012)

11 pemenang Teknousahawan 2012


ZARAH Syed Ahmad (bertudung biru) bersama dengan sebahagian pelajar-pelajar yang memenangI hadiah bimbingan kerjaya dan latihan di Pusat Inovasi dan Inkubasi Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SERAMAI sebelas pemenang Pertandingan Teknousahawan Terbaik 2012 berpeluang menikmati perkhidmatan latihan dan bimbingan kerjaya secara percuma selama enam bulan di Pusat Inovasi dan Inkubasi Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM). TPM yang merupakan penganjur bersama Simposium & Pameran Teknousawahan Inovasi Keempat 2012 (TISE 2012) terlibat membantu usahawan muda yang sedang meningkat naik untuk mencapai impian menerusi program pengkomersialan berstruktur di pusat inkubator TPM.

Anugerah Teknousahawan Muda Terbaik telah dimenangi oleh pasukan yang dianggotai oleh dua pelajar, iaitu Gan Yu Han dan Leong Chee Ken menerusi Sistem Kedudukan Kontur (CPS) mereka. Kedua-duanya berusia 24 tahun, kini mengikuti program Sarjana lepasan ijazah dalam jurusan Sains Kejuruteraan di University Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Manakala, Rosazlin Abdullah yang sedang mengikuti pengajian doktor falsafah PH.D (Soil Science) di Universiti Putra Malaysia menangi tempat kedua dan menerima sijil penghargaan di tas projek penyelidikan Composted Recycled Paper Mill Sludge (CPS).

CPS ialah teknologi baru yang dicipta untuk kenderaan elektrik (EV) bagi mengira dan menganggarkan dengan tepat jumlah tenaga bateri yang diperlukan untuk memandu ke destinasi tertentu. Teknologi baharu ini mengambil kira tenaga bateri tambahan yang diperlukan bagi EV untuk bergerak pada cerun, terutamanya dalam keadaan pemanduan mendaki bukit. Sementara itu, Anugerah Teknousahawan Pelajar Terbaik telah dimenangi pasukan dari Institut Teknologi Kejuruteraan Kimia Malaysia (MICET), Universiti Kuala Lumpur. Pasukan tersebut dianggotai oleh Muhammad Ruzaidi Ismadi, Shahrul Azzim Abd Aziz, Muhammad Aizat Zainal Azman dan Ahmad Aizat Samad. Projek mereka yang dinamakan BioChar bertujuan menghasilkan penyubur tanah. 

Tempat kedua telah dimenangi pelajar dari dari Universiti Putra Malaysia bagi projek mereka yang bertema Recycle Bingo. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan ,Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Zarah Syed Ahmad. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Azman Shahidin. Azman berkata, sejajar dengan matlamat korporat TPM dalam membantu perusahaan baru dalam memberi bimbingan dengan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan yang disediakan untuk teknousahawan yang bercita-cita tinggi. "Mereka akan diberi bimbingan dalam pelbagai aspek pengurusan dan cara terbaik mengkomersialkan idea mereka supaya boleh mendapatkan modal teroka," katanya.





© Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments:

Post a Comment