Wednesday, 6 February 2013

Projek Kampung Tersusun Lipat Kajang (Kg. Tersusun Datuk Muhamad Hidhir)

Projek Kampung Tersusun Datuk Muhamad Hidhir Lipat Kajang merupakan antara kawasan perumahan terancang yang terunggul di Melaka. Kawasan penempatan ini bakal dikelilingi kawasan industri berteknologi tinggi, koridor pendidikan dan juga kawasan perbandaran yang semakin meningkat maju iaitu Bandar Jasin, Bandar Jasin Bestari dan juga Merlimau. Nama kampung ini diambil sempena nama Wakil Rakyat Merlimau yang menetap di sini iaitu Allahyarham Datuk Muhamad Hidhir. 

 Sumber Rujukan Maklumat dan Gambar-Gambar di bawah: Website Yayasan Melaka (www.yayasanmelaka.gov.my).



Kemudahan Asas di Kg Tersusun Datuk Muhamad Hidhir Lipat Kajang.








Rumah-Rumah di Kg Tersusun Datuk Muhamad Hidhir Lipat Kajang.
























Anak Jati Kg Tersusun Lipat Kajang Pemenang Anugerah Teknousahawan dan Innovasi Peringkat Negara

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia (Isnin: 12 November 2012)

11 pemenang Teknousahawan 2012


ZARAH Syed Ahmad (bertudung biru) bersama dengan sebahagian pelajar-pelajar yang memenangI hadiah bimbingan kerjaya dan latihan di Pusat Inovasi dan Inkubasi Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SERAMAI sebelas pemenang Pertandingan Teknousahawan Terbaik 2012 berpeluang menikmati perkhidmatan latihan dan bimbingan kerjaya secara percuma selama enam bulan di Pusat Inovasi dan Inkubasi Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM). TPM yang merupakan penganjur bersama Simposium & Pameran Teknousawahan Inovasi Keempat 2012 (TISE 2012) terlibat membantu usahawan muda yang sedang meningkat naik untuk mencapai impian menerusi program pengkomersialan berstruktur di pusat inkubator TPM.

Anugerah Teknousahawan Muda Terbaik telah dimenangi oleh pasukan yang dianggotai oleh dua pelajar, iaitu Gan Yu Han dan Leong Chee Ken menerusi Sistem Kedudukan Kontur (CPS) mereka. Kedua-duanya berusia 24 tahun, kini mengikuti program Sarjana lepasan ijazah dalam jurusan Sains Kejuruteraan di University Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Manakala, Rosazlin Abdullah yang sedang mengikuti pengajian doktor falsafah PH.D (Soil Science) di Universiti Putra Malaysia menangi tempat kedua dan menerima sijil penghargaan di tas projek penyelidikan Composted Recycled Paper Mill Sludge (CPS).

CPS ialah teknologi baru yang dicipta untuk kenderaan elektrik (EV) bagi mengira dan menganggarkan dengan tepat jumlah tenaga bateri yang diperlukan untuk memandu ke destinasi tertentu. Teknologi baharu ini mengambil kira tenaga bateri tambahan yang diperlukan bagi EV untuk bergerak pada cerun, terutamanya dalam keadaan pemanduan mendaki bukit. Sementara itu, Anugerah Teknousahawan Pelajar Terbaik telah dimenangi pasukan dari Institut Teknologi Kejuruteraan Kimia Malaysia (MICET), Universiti Kuala Lumpur. Pasukan tersebut dianggotai oleh Muhammad Ruzaidi Ismadi, Shahrul Azzim Abd Aziz, Muhammad Aizat Zainal Azman dan Ahmad Aizat Samad. Projek mereka yang dinamakan BioChar bertujuan menghasilkan penyubur tanah. 

Tempat kedua telah dimenangi pelajar dari dari Universiti Putra Malaysia bagi projek mereka yang bertema Recycle Bingo. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan ,Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Zarah Syed Ahmad. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Azman Shahidin. Azman berkata, sejajar dengan matlamat korporat TPM dalam membantu perusahaan baru dalam memberi bimbingan dengan pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan yang disediakan untuk teknousahawan yang bercita-cita tinggi. "Mereka akan diberi bimbingan dalam pelbagai aspek pengurusan dan cara terbaik mengkomersialkan idea mereka supaya boleh mendapatkan modal teroka," katanya.





© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tuesday, 5 February 2013

Projek Kilang Kaca Green Technology di Lipat Kajang

Kini, Lipat Kajang semakin membangun dalam menuju sebuah kawasan perbandaran, penempatan, pendidikan, perindustrian dan pembangunan yang terunggul di negeri Melaka. Lokasinya yang strategik telah menarik ramai pelabur tempatan dan asing mengembangkan perniagaan mereka di sini disamping sokongan yang pada oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Malaysia. Antaranya ialah Kilang Kaca bernilai RM 800 juta atau 0.8 Billion yang bakal dibina di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my).

Yusof Jantan (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian jual beli tanah dengan Gregory Poulson sambil disaksikan Mohd. Ali Rustam di Melaka, semalam.

MELAKA 14 Nov. - Guardian Industries Malaysia Sdn. Bhd. (Guardian Industries) merancang membina kilang kaca berteknologi hijau di Melaka dengan nilai pelaburan sebanyak RM800 juta.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat pengeluar kaca yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu memilih Jasin sebagai lokasi kilang dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada Januari depan.

Menurutnya, pengeluaran kaca tingkap daripada pasir yang dihasilkan menggunakan mesin berteknologi tinggi itu mampu menyerap haba lebih 20 peratus berbanding kaca biasa."Kilang pertama syarikat tersebut bakal didirikan di atas tanah seluas 24.28 hektar di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin yang dibeli dengan kos sebanyak RM20.5 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan dan Pengarah Guardian Industries, Gregory Poulson di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. Mohd. Ali memberitahu, teknologi yang dihasilkan syarikat tersebut melalui produk kaca tingkap itu mampu menyerap haba pada bangunan dengan lebih baik, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. "Penjimatan tenaga ini selari dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai status negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020," katanya.

Tambah beliau, pembukaan kilang yang dijangka bermula pada awal 2015 itu bakal menyediakan peluang pekerjaan baru kepada kira-kira 700 tenaga mahir, khususnya di daerah Jasin. Sementara itu, Poulson berkata, pembinaan kilang tersebut dijangka mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan dan bakal menjadi antara kilangnya yang terbesar selepas Rusia. "Gentian kaca yang dihasilkan syarikat ini akan menggunakan bahan mentah iaitu pasir yang diperolehi dari dalam negara iaitu Johor dan Pahang bagi menjimatkan kos pengeluaran," tambahnya.



Selamat Datang ke Lipat Kajang

Peta Melaka

Lipat Kajang merupakan sebuah kawasan penempatan yang terletak di dalam Daerah Jasin, Melaka. Kampung ini terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Melaka,140 Kilometer dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, 196 Kilometer dari Bandaraya Johor Bahru dan 215 Kilometer dari Singapura. Kedudukan Lipat Kajang adalah sangat strategik kerana ia terletak di pertengahan perjalanan di antara Kuala Lumpur ke Johor Bahru atau Singapura.

Lipat Kajang, Jasin, Melaka

Lipat Kajang mempunyai sebuah Persimpangan Bertingkat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) iaitu Exit Jasin Merlimau. Persimpangan Bertingkat ini merupakan persimpangan atau exit terakhir di dalam negeri Melaka sebelum melepasi sempadan negeri Johor Darul Takzim. Lokasi Lipat Kajang ke sempadan negeri Johor (Daerah Ledang) hanya mengambil masa kira-kira 5 minit atau jarak kurang 10 kilometer.

Exit 233 Jasin Merlimau (Dari Air Keroh)

Plaza Tol Lipat Kajang